Spawn - Wait
CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 8, 2009

Keburukan Merokok


Di antara kesan sampingan merokok termasuklah :-
1.      Deria hidung kurang sensitif.
2.      Gigi mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini
          lambat laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi
          termusnah dan akhirnya terpaksa dicabut.
3.       Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat yang digunakan
          untuk merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang
          itu kerap merokok.
4.      Keupayaan fizikal dan mental terganggu.
5.      Jari dan gigi sering terstain warna coklat. Keadaan ini disebabkan
          oleh kesan tar dalam rokok yang boleh menyebabkan seseorang
          hilang keupayaan menghidu dan nafasnya berbau.
6.      Gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut.
7.      Emfisima, asma dan penyakit sistem pernafasan lain.
8.             Penyakit jantung.
9.      Kanser larinks dan esofogus.
10.    Kanser paru-paru.

11.        Kanser pankreas.



Keburukan Merokok kepada Orang Lain




Sekiranya seseorang lelaki merokok lebih daripada 20 batang rokok sehari di rumah, maka risiko isteri dan ahli keluarganya yang lain untuk mendapat kanser adalah dua kali ganda. Aras nikotin, karbon monoksida dan bahan kimia lain dalam darah mereka lebih tinggi daripada aras normal.

            Pesakit asma mudah mengalami sesak nafas apabila terdedah pada asap rokok sekian lama. Ini adalah kerana bahan kimia dalam asap rokok merangsang salur pernafasan dan lantas boleh mencetus serangan asma.


            Mereka yang merasa sakit dada mungkin kerana angina lebih mudah mendapat serangan sakit jantung jika berada di tempat yang penuh dengan asap rokok. Karbon monoksida dalam rokok mengurangkan oksigen dalam darah, jesteru menyebabkan sakit jantung.

Kanak-kanak lebih rentan mendapat demam selsema, batuk, bronkitis, pneumonia dan masalah pernafasan lain. Mereka juga terdedah kepada penyakit meningitis dan penyakit jantung kongenital sekiranya tabiat merokok tidak dibendung dari awal
 


0 comments:

Top 3 posts

Share It

Islam Quotes Of the day

There was an error in this gadget