Spawn - Wait
CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 30, 2009

Recycle

Amalkan Budaya Kitar Semula
 
 

Sunday, August 23, 2009

Persoalan

Kenapa kita suka buat perkara makruh berbanding perkara sunat...

Kenapa kita berlumba-lumba buat dosa daripada pahala...


Kenapa kita banyak makan makanan haram...


Sedangkan banyak makanan halal di dunia ini...


Kenapa kita banyak baca buku atau majalah...


Tetapi kita jarang baca Al-Qur'an dan buku agama...


Kenapa kita banyak mendengar lagu daripada ayat-ayat Al-Qur'an...


Kenapa kita jadikan artis sebagai pujaan atau idola kita...


Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. adalah rasul kita!!.


Sedarlah..bahawa kita boleh mati pada bila-bila masa...


Renungkan teks ini dan Insaflah...


Supaya teks ini menjadi teladan bagi kita
...

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al-Mubarrak

Ramadhan
Datangmu dinanti

Walaupun kedatanganmu hanya setahun sekali

Ramadhan

Di dalammu terdapat pelbagai maghfirah
Di dalammu terdapat peristiwa Nuzul Qur'an
Di dalammu terdapat malam Lailatul Qadar
Di mana malam itu lebih baik daripada seribu malam

Ramadhan
Akan ku gunakan masa yang ada
Beribadah, berzikir dan berdoa

Kepada tuhan yang Esa

Ramadhan

Pemergianmu tidak dinanti
Pemergianmu ditangisi

Pemergianmu dirindui

Marilah bersama-sama
Kita kumpulkan tenaga
Berlumba-lumba
Mendapatkan pahala dan keredhaanNya
Pada bulan yang penuh berkat ini


Pada bulan
Ramadhan Al-Mubarrak

Ramadhan Bertemu Kembali

Ramadhan telah datang sekali lagi
Bertemu kita...
Untuk memberi syafaat kepada kita..





Jadi, marilah kita bersama-sama
Berlumba-lumba memperbanyakkan ibadah kita

The Land Of The Dead

The Land
The forgotten land
The empty land
It is there muslims will be buried

The Land
Where will all muslims
Will be buried
After their death
After the body and soul

The Land
Where our wealth
And our children nor wife
Could Help us
Nor save us

Only Iman and al-qur'an
Can help us
It depends on
What we have done in the world

Did we use all the guidance
That Allah have given us
Through messengers (Rasul)
And Al-Qur'an

In the land
Every muslims will be questionned
Who is your god?
What is your guidance?
Where is your qiblah?
For what they have done in the world
Where they get the wealth
And how they have spend it
And all other sort of questions..

Those questions
Can only be answered
By those who have faith in Allah
Iman, and fully serve Allah
As he is he god and we are his slave

Every muslims have to think
And go to the land always
So that we could gain more faith
And strengthens our Iman and Islam

I thought of this and that
We should remember
No matter where we go
We will die and be buried somewhere
Death does no count yougs or elders

When it happens
It happened
No one could stop it

And we shall be buried
To the land
The land of the dead

Friday, August 7, 2009

My Drawings

VIRUS H1 N1 SATU PERINGATAN BUAT ORANG YANG BERIMAN

Virus H1 N1 atau Selsema BABI in merupakan sejenis virus yang telah menyebabkan banyak kematian di dunia ini. Tiada virus yang dapat merebak selaju virus H1 N1 ini. Wabak ini merupakan makhluk Allah yang ditugaskan untuk memperingati orang-orang mukmin supaya sedar dan tidak alpa kerana hari Akhirat makin hari makin dekat dengan dunia ini. Allah mahu kita sedar daripada lamunan dunia dan tipu daya syaitan supaya bergantung semula kepada Allah. Allah mahu hamba-hambaNya supaya menyembahNya dan meminta pertolongan dariapdaNya. Ini dijelaskan dalam firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 45-46


واستعينوا بالصبر والصلوة وإنها لكبيرة إلا على الخشعين* الذين يظنون أنهم ملقوا ربهم وأنهم إليه رجعون*



Maksudnya: Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu' * (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan kembali kepadaNya*

Jadi, dengan itu. Wahai saudara dan saudari Islam, marilah kita bersama-sama kembali semula kepada Allah dan meninggalkan larangannya. Insyaallah, dengan berkat usaha kita, kita akan dijauhkan daripada sebarang ancaman. Tetapi jika kita ditimpa musibah, anggaplah ia sebagai suatu ujian supaya Allah mengangkat darjat kita dan mengampuni dosa-dosa kita yang lalu dan mengisi diri kita ini dengan pahala yang baru.

Islam Itu Mudah

Islam Itu mudah













TAPI INGAT!!! JANGAN AMBIL MUDAH TENTANG ISLAM

Thursday, August 6, 2009

Cinta Abadi, Cinta Hakiki

Cinta
Apakah itu cinta
Adakah ianya sebuah perasaan cinta
Atau sebuah kenginan cinta


Cinta
Adakah ianya akan kekal sejati
Adakah ianya akan selalu diingati
Adakah akan bermakna dalam hidup yang sebati


Cinta
Adakah cinta itu boleh dipermainkan
Adakah cinta itu boleh dipersendakan
Adakah cinta itu boleh diperalatkan


Cinta
Cinta pada siapakah kita akan terus dicintainya
Cinta pada siapakah kita akan terus mempercayainya
Cinta pada siapakah akan terus berasa tenteram dengannya


Cinta pada Allah
Kita tidak mungkin sekali berasa sunyi
Kita tidak mungkin dikhianati
Kita tidak diganggu oleh mana yang tidak diingini



Cinta pada Allah
Cinta yang kekal selamanya
Cinta yang tiada tandingannya
Cinta yang perlu dimiliki oleh setiap hambanya
Oleh setiap yang beriman dengannya

Top 3 posts

There was an error in this gadget

Islam Quotes Of the day

There was an error in this gadget